Sunday 30 October 2011

KISAH KEEMPAT

assalam

agak sibuk saya weekend ni,dan ramai customer yang hantar ke destinasi...dan apa yang menarik dalam kehidupan seharian saya adalah memandu...Sebenarnya memandu adalah antara benda yang saya minat dan saya pernah mendengar ada orang berkata "kalau kita buat kerja yang mengikut minat kita,kita pasti berjaya"..dan munkin ada benarnya kata2 itu

-ke hotel traders kl
customer ni dari bangkok...dua orang laki dan wanita...nasib baik la awek dia ni pandai cakap english...kalau tak jahanam la saya nak bercakap...sebab teman lelaki dia langsung saya tak paham dia punya english...tapi apa2 pun diorang ni baik n siap bagi tips lagi...murah rezki saya....memang betul la yang saya dengar ramai rakyat di bangkok marahkan perdana menteri kerana memberi amaran terlalu lambat...sebelum banjir ada info yang mengatakan banjir besar akan berlaku tapi kerajaan pimpinan beliau menafikannya dan paras air d semua empangan masih dalam keadaan terkawal tapi hakikatnya tidak.
Itu yang mereka ceritakan pada saya dan mereka kesian akan penduduk yang miskin,sebab dalam keadaan sekarang nak cari sumber air yang bersih pun mereka terpaksa mengimport dari malaysia...maksudnya kat sini orang miskin akan bertambah susah kerana hilang sumber pendapatan dan terpaksa mengharap bantuan kerajaan sebab mereka tidak mampu membeli keperluan makanan kerana harga telah melambung tinggi...begitulah nasib orang di sana

-ke bandar kinrara
customer dari malaysia baru pulang dari ghungzou,china...lama gak diorang ni bercuti...Seminggu diorang kat sana...kalau korang tgk couple ni,mcm orang biasa je...just cool n humble..tapi rumah diorang,mak bapak besar dan cantik,baru plak tu sedangkan.masa dalam perjalanan,kami bersembang pasal rumah,dia hanya cakap rumah yang dia duduk sekarang,hadiah dari bapak si suami..saya duk ingay rumah dua tingkat atau apartment tapi bila dah sampai kat kawasan rumah dia,saya jadi kelu...besar gila rumah dia,tiga tingkat...hahahaha...mesti bapak dia ni jutawan senyap...jutawan senyap tu maksud dia adalah..orang jutawan tapi orang lain taktau pun yang diavtu jutawan..
Betapa betuahnya young couple tu...

-ke kolej muzik antarabangsa,jalan pahang
customer dari malaysia yang baru balik dari kota kinabalu..anak jati kuala lumpur...pekerjaan sebgai guru muzik...orang yang peramah...customer dia x selesa duduk di bandar lain selain kuala lumpur...sebab bagi dia semua benda boleh dapat d kuala lumpur dan anak2 dia pun dah ikut cara dia,kalau dia bercuti dengan family dia di luar kuala lumpur,paling lama hanya 3 hari 2 malam...macam2 perihal customer saya tapi amat menyeronokkan saya dan apa yang saya boleh katakan,saya suka dengan kerja saya dan saya teringat dengan kata2 tauke osama bundle
"driver teksi ni walaupun duduk malaysia tapi dia seolah2 dah pergi seluruh dunia"...

No comments:

Post a Comment