Sunday 30 October 2011

KISAH KEEMPAT

assalam

agak sibuk saya weekend ni,dan ramai customer yang hantar ke destinasi...dan apa yang menarik dalam kehidupan seharian saya adalah memandu...Sebenarnya memandu adalah antara benda yang saya minat dan saya pernah mendengar ada orang berkata "kalau kita buat kerja yang mengikut minat kita,kita pasti berjaya"..dan munkin ada benarnya kata2 itu

-ke hotel traders kl
customer ni dari bangkok...dua orang laki dan wanita...nasib baik la awek dia ni pandai cakap english...kalau tak jahanam la saya nak bercakap...sebab teman lelaki dia langsung saya tak paham dia punya english...tapi apa2 pun diorang ni baik n siap bagi tips lagi...murah rezki saya....memang betul la yang saya dengar ramai rakyat di bangkok marahkan perdana menteri kerana memberi amaran terlalu lambat...sebelum banjir ada info yang mengatakan banjir besar akan berlaku tapi kerajaan pimpinan beliau menafikannya dan paras air d semua empangan masih dalam keadaan terkawal tapi hakikatnya tidak.
Itu yang mereka ceritakan pada saya dan mereka kesian akan penduduk yang miskin,sebab dalam keadaan sekarang nak cari sumber air yang bersih pun mereka terpaksa mengimport dari malaysia...maksudnya kat sini orang miskin akan bertambah susah kerana hilang sumber pendapatan dan terpaksa mengharap bantuan kerajaan sebab mereka tidak mampu membeli keperluan makanan kerana harga telah melambung tinggi...begitulah nasib orang di sana

-ke bandar kinrara
customer dari malaysia baru pulang dari ghungzou,china...lama gak diorang ni bercuti...Seminggu diorang kat sana...kalau korang tgk couple ni,mcm orang biasa je...just cool n humble..tapi rumah diorang,mak bapak besar dan cantik,baru plak tu sedangkan.masa dalam perjalanan,kami bersembang pasal rumah,dia hanya cakap rumah yang dia duduk sekarang,hadiah dari bapak si suami..saya duk ingay rumah dua tingkat atau apartment tapi bila dah sampai kat kawasan rumah dia,saya jadi kelu...besar gila rumah dia,tiga tingkat...hahahaha...mesti bapak dia ni jutawan senyap...jutawan senyap tu maksud dia adalah..orang jutawan tapi orang lain taktau pun yang diavtu jutawan..
Betapa betuahnya young couple tu...

-ke kolej muzik antarabangsa,jalan pahang
customer dari malaysia yang baru balik dari kota kinabalu..anak jati kuala lumpur...pekerjaan sebgai guru muzik...orang yang peramah...customer dia x selesa duduk di bandar lain selain kuala lumpur...sebab bagi dia semua benda boleh dapat d kuala lumpur dan anak2 dia pun dah ikut cara dia,kalau dia bercuti dengan family dia di luar kuala lumpur,paling lama hanya 3 hari 2 malam...macam2 perihal customer saya tapi amat menyeronokkan saya dan apa yang saya boleh katakan,saya suka dengan kerja saya dan saya teringat dengan kata2 tauke osama bundle
"driver teksi ni walaupun duduk malaysia tapi dia seolah2 dah pergi seluruh dunia"...

Friday 28 October 2011

REMPAH KEHIDUPAN

KISAH KEDUA
-peristiwa sewaktu menghantar customer ke ara damansara

saya mendapat trip menghantar customer waktu petang..seorang perempuan pertengahan umur tapi seksi...sebenarnya saya agak sukar kalau dapat customer mcm ni,bukannya saya tak bersyukur dengan rezki,tapi saya kurang selesa memandu dengan customer yang berpakaian seksi..hehehe tolong jangan paham dengan kenyataan saya..Apa yang saya maksudkan dengan sukar saya nak memandu adalah seperti ini
kebiasaan kalau wanita yang berpakaian seksi dan kaca mata hitam sentiasa di pakainya,firasat dan pebgalaman saya,wanita seperti ini sukakan perhatian dari lelaki...setiap gerak geri dia sukakan perhatian tapi saya tak suka memerhati tapi lebih suka bersembang dengan customer...pengalaman saya jika saya membawa customer memakai mini skirt,saya akan hati2 dengan mata saya bukan kerana saya nak melihat tapi saya takut cara pemanduan saya di salah ertikan dan menganggap saya mengambil kesempatan dan saya bila memandu akan suka melihat kedua2 cermin sisi saya dan cermin pandang belakang saya demi keselamatan customer saya
saya cuma berkongsi pengalaman dan saya harap cerita saya ni tidak di salah ertikan

KISAH KETIGA
-peristiwa menghantar customer ke bayu perdana,klang

saya membawa 4 orang muda yang baru pulang dari kundasang sabah...mereka berempat berjaya mendaki gunung kinabalu..kagum gak saya melihat kemampuan mereka..Tapi terlupa plak saya nak tanya mereka berempat ni orang yang ke berapa ribu yang sampai ke puncak gunung kinabalu tu...

dalam 4 orang muda ni ada seorang yang agak gempal tapi berjaya juga sampai ke puncak gunung kinabalu itu,tapi apa yang kelakarnya dia cakap dia adalah orang yang terakhir sampai ke puncak..maklum badan gempal nikan agak slow sikit stamina dia...mcm saya juga la..

mereka ni ambik pakej trus naik ke gunung dan hanya duduk d kota kinabalu untuk menunggu pulang sahaja...jadi sesiapa yang berminat dengan aktiviti lasak sepert jungle tracking,climbing n camping,boleh la mengambil pakej ini..sebab ianya bagus dan harga ok juga..tapi pakej ni ground sahaja ya..tiket flight tak masuk sekali

mereka suka dengan jungle tracking n climbing tapi saya beritahu mereka,saya pun afa aktiviti "ing" ni,aktiviti saya adalah "drivING"...always driving...heehehehe

REMPAH KEHIDUPAN

assalam

semakin rajin plak saya nak menulis...saya sebenarnya memanh suka menulis semenjak saya kena denda dengan ex girlfren saya ketika satu masa yang lalu yang saya kena menulis surat padanya setiap hari selama dua minggu berturut2..kalau sekarang saya ceritakan hal ini pada anak saya pasti dia gelakkan saya kerana zaman dia sekarang mana la nak pakai surat menyurat ni....semuanya pakai email,muka buku atau twitter...dah nama pun zaman dulu ye tak?

KISAH PERTAMA
inilah namanya kehidupan...semakin hari semakin maju dan bila dah maju kita pasti akan mengorbankan sesuatu,contohnya kita sekarang terpaksa mengeluarkan belanja lebih sedikit kerana bila zaman dah maju pasti barang2 keperluan semakin mahal..apa saya nak tulis ni adalah kisah ketika saya mengisi gas taxi saya d stesen minyak,sambil gas tengah di isi saya ada membeli air untuk saya..sambil menunggu barisan,kebetulan di depan saya ada seorang uncle membelikan makanan dan minuman untuk cucu dia..dia belikan air kotak dan biskut dalam bungkusan kecil..apa yang menarik untuk saya menulis ni adalah bila uncle tu seolah2 tak berpuas hati bila dia membayar duit makanan cucu dia tadi tu dengan rm5 tapi hanya dapat baki dalam berapa sen agaknya...dia trpinga2 bila baki yang dia dapat hanya beberapa puluh sen sahaja...sampai dia bercakap dengan anak dia yang bunyinya seolah2 tidak puas hati atau munkin dia bercakap pasal harga...sorry la saya tak paham sebab dia bercakap bahasa yang saya tak paham tapi apa yang saya paham adalah dia terkejut dengan apa yang dia beli seolah2 tak logik dengan harga yang dia kena bayar..saya rasa munkin uncle tu terlupa bahawasanya harga barang sekarang memang mahal dan nilai rm5 adalah sangat kecik sekarang ni...nilai rm5 adalah nilai belanja budak sekolah menengah sehari sekarang ni...saya ingat lagi ketika zaman saya nilai rm1 pun sudah cukup besar..dan ini la yang di katakan pengorbanan yang kita lakukan bila kita berada d zaman maju

Thursday 27 October 2011

ABANG AZRUL

Assalam

hari ni jumaat...sudah pasti hari ni semua lelaki akan menunaikan solat jumaat....ehhh semua lelaki ke yang pergi solat jumaat?hehehe...hari ni kebetulan surau kat tempat saya buat pertama kalinya mengadakan solat jumaat di sini...jadi agak penuh tadi surau kat sini tapi alhamdulillah rumah saya hanya selang 2 rumah dari surau dapat juga saya tempat yg selesa untuk menunaikan solat jumaat.

sebenarnya di depan saf(barisan)saya ada orang yang saya kenal dari kecil lagi..istemewanya orang ini,dia di kelilingi dengan budak2 kecil yang menjadi temannya..umur orang istimewa ini adalah 33 tahun hanya beza 2 tahun dati saya...ye pasti dia adalah insan istimewa ciptaan ALLAH S.W.T..walaupun hakikatnya kita pandang akan kekurangannya dari segi mental tapi dia memang istimewa sbb dia kurniaan dari ALLAH...

saya tertarik untuk menulis cerita pasal dia ni kerana saya akan tertarik dengan kehidupan dia...memang dia kurang tapi dia banyak kelebihan dari saya atau anda semua..kenapa saya berkata begitu...kerana
1-dia pasti ada tempatnya di akhirat nanti
2-dia tidak melakukan dosa
3-dia tidak cakap merapu
4-teman2 tidak putus2 walaupun dia makin tua

nama orang istimewa ini ialah azrul anak kepada arwah pakcik adam..arwah bapanya memang mendidik azrul ini dengan baik..walaupun dia ada kekurangan,dia tidak pernah melakukan benda yang menjelekkan mata..inilah kelebihan yang ALLAH bagi pada dia..

dan menambahkan lagi keseronokkan diri dia...dia hanya berkawan dengan budak2 kecil yang pasti akan memanggil dia dengan panggilan "abang azrul" walaupun hakikatnya dia berpangkat pakcik dengan budak2 tu..sampai bila2 dia akan d panggil abang walaupun satu hari nanti kulit dia menampakkan dia semakin tua...

kawan2 dia silih berganti bukan sebab apa tapi hanya kerana kawan2nya semakin tua dan pada ketika itu munkin kawan2nya punyai tanggungjawab sendiri dan menghadkan masa untuk bermain dengan abang azrul ini..salah satunya adalah diri saya sendiri tapi abang azrul tetap abang azrul pasti ada sahaja teman barunya dan inilah kehidupan "ABANG AZRUL"...

Tuesday 25 October 2011

SYUKUR

Assalam

ketika saya menulis ni saya berada di kampung pulau pinang...hantar family pulang ke pulau pinang...esok akan memulakan tugas...ada customer dari pulau pinang mahu ke kuala lumpur..alhamdulillah ada juga rezki dari allah nak berikan pada saya..ini la kelebihan teksi sambil menyelam sambil minum air
kali ni saya nak ceritakan keadaan semasa,ramai kawan saya d penang ni mengeluh akan keadaan semasa....ye la semua pun sedia maklum yang keperluan asas sekarang amat mahal..semua orang mengambil langkah jimat cermat termasuk la diri saya sendiri..kalau bab ini saya selalu teringat kata sorang customer saya,yang kita ni mesti selalu bersyukur dengan apa yang kita dapat dan berusaha untuk menambah atau menaikkan lagi taraf hidup kita..
macam situasi kawan saya d penang ni..mereka mengeluh tapi mereka tak sedar yang mereka masih beruntung kerana mereka masih punyai pendapatan kalau kita nak bandingkan dengan orang yang kehilangan kerja dan sumber pendapatan..kalau saya sendiri pasti gelisah dengan situasi macam tu.
saya pun sedar,saya masih punyai rezki yang tak putus..alhamdulillah..munkin ini la di katakan berkat doa emak
saya berharap semua orang tabah menghadapi apa jua rintangan dan kita selalu peroleh hidayah agar kita sentiasa dapat menyelesaikan masalah kita dan akan kita jangan lupa sesekali bersyukur dengan apa yang kita dapat dari ALLAH S.W.T

Thursday 20 October 2011

kehidupan seorang pemandu teksi

assalam

hari baru aku dapat menulis blog aku ni...aku baru membawa teksi,bidang yang tak pernah tak fikir yg aku akan ceburi...
Aku sendiri pernah terfikir bahawa susahnya kehidupan sebagai pemandu teksi..tapi selepas aku hidup dalam dunia ini baru aku tau bahawa pemandu teksi juga boleh memberi pendapatan yg boleh mengubah kehidupan seseorang...
walaupun pendapatan bleh di katakan banyak tapi dia tetap kena berusaha..betul lakan?..Dalam kehidupan kita sekarng ni pun..jika kita rajin pasti kita akan dapat habuan..dan inilah dunia aku sekarang...
aku ingat ketika mula2 aku bagitau emak aku,yang aku nak bawa teksi...emak aku sedih dan siap nak sponsor aku buat umrah..dia suruh doa kat sana agar perniagaan aku makiin maju dan tak payah aku bawa teksi...aku senyum je...tapi selepas dia terlihat tiket untuk harga ssatu trip aku..emak aku tterkejut dan baru la dia buka mata dia tentang pendapatan seorang pemandu teksi....
bagi aku tak kira la apa jua yang kita buat..kita kena la buat dengan ikhlas dan sentiasa berfikiran positive
insyallah kita akan berjaya dengan apa jua bidang kita ceburi..dan alhamdulillah walaupun aku bawa teksi perniagaan aku masih berjalan seperti biasa dan yang paling penting keluarga aku gembira dengan perubahan profesion aku ni...
ii adalah permulaaan blog aku nbbi..dan pasti akan sentiasa cerita terbaru aku akan ceritakn di blog aku ni....ini la perjalanan hidup aku sebagai pemandu teksi.....

abang teksi