Thursday 27 October 2011

ABANG AZRUL

Assalam

hari ni jumaat...sudah pasti hari ni semua lelaki akan menunaikan solat jumaat....ehhh semua lelaki ke yang pergi solat jumaat?hehehe...hari ni kebetulan surau kat tempat saya buat pertama kalinya mengadakan solat jumaat di sini...jadi agak penuh tadi surau kat sini tapi alhamdulillah rumah saya hanya selang 2 rumah dari surau dapat juga saya tempat yg selesa untuk menunaikan solat jumaat.

sebenarnya di depan saf(barisan)saya ada orang yang saya kenal dari kecil lagi..istemewanya orang ini,dia di kelilingi dengan budak2 kecil yang menjadi temannya..umur orang istimewa ini adalah 33 tahun hanya beza 2 tahun dati saya...ye pasti dia adalah insan istimewa ciptaan ALLAH S.W.T..walaupun hakikatnya kita pandang akan kekurangannya dari segi mental tapi dia memang istimewa sbb dia kurniaan dari ALLAH...

saya tertarik untuk menulis cerita pasal dia ni kerana saya akan tertarik dengan kehidupan dia...memang dia kurang tapi dia banyak kelebihan dari saya atau anda semua..kenapa saya berkata begitu...kerana
1-dia pasti ada tempatnya di akhirat nanti
2-dia tidak melakukan dosa
3-dia tidak cakap merapu
4-teman2 tidak putus2 walaupun dia makin tua

nama orang istimewa ini ialah azrul anak kepada arwah pakcik adam..arwah bapanya memang mendidik azrul ini dengan baik..walaupun dia ada kekurangan,dia tidak pernah melakukan benda yang menjelekkan mata..inilah kelebihan yang ALLAH bagi pada dia..

dan menambahkan lagi keseronokkan diri dia...dia hanya berkawan dengan budak2 kecil yang pasti akan memanggil dia dengan panggilan "abang azrul" walaupun hakikatnya dia berpangkat pakcik dengan budak2 tu..sampai bila2 dia akan d panggil abang walaupun satu hari nanti kulit dia menampakkan dia semakin tua...

kawan2 dia silih berganti bukan sebab apa tapi hanya kerana kawan2nya semakin tua dan pada ketika itu munkin kawan2nya punyai tanggungjawab sendiri dan menghadkan masa untuk bermain dengan abang azrul ini..salah satunya adalah diri saya sendiri tapi abang azrul tetap abang azrul pasti ada sahaja teman barunya dan inilah kehidupan "ABANG AZRUL"...

No comments:

Post a Comment