Tuesday 25 October 2011

SYUKUR

Assalam

ketika saya menulis ni saya berada di kampung pulau pinang...hantar family pulang ke pulau pinang...esok akan memulakan tugas...ada customer dari pulau pinang mahu ke kuala lumpur..alhamdulillah ada juga rezki dari allah nak berikan pada saya..ini la kelebihan teksi sambil menyelam sambil minum air
kali ni saya nak ceritakan keadaan semasa,ramai kawan saya d penang ni mengeluh akan keadaan semasa....ye la semua pun sedia maklum yang keperluan asas sekarang amat mahal..semua orang mengambil langkah jimat cermat termasuk la diri saya sendiri..kalau bab ini saya selalu teringat kata sorang customer saya,yang kita ni mesti selalu bersyukur dengan apa yang kita dapat dan berusaha untuk menambah atau menaikkan lagi taraf hidup kita..
macam situasi kawan saya d penang ni..mereka mengeluh tapi mereka tak sedar yang mereka masih beruntung kerana mereka masih punyai pendapatan kalau kita nak bandingkan dengan orang yang kehilangan kerja dan sumber pendapatan..kalau saya sendiri pasti gelisah dengan situasi macam tu.
saya pun sedar,saya masih punyai rezki yang tak putus..alhamdulillah..munkin ini la di katakan berkat doa emak
saya berharap semua orang tabah menghadapi apa jua rintangan dan kita selalu peroleh hidayah agar kita sentiasa dapat menyelesaikan masalah kita dan akan kita jangan lupa sesekali bersyukur dengan apa yang kita dapat dari ALLAH S.W.T

No comments:

Post a Comment