Tuesday 29 November 2011

Kisah orang india

Assalam

agak lama saya tidak menulis dalam blog saya...banyak masa saya habis di atas jalan dan kekadang tu bila saya nak menulis keletihan menutup terus nafsu saya untuk menulis dan ketika saya menulis blog saya ini,saya baru hendak merehatkan badan dan teksi saya setelah sekian lama bekerja

sebenarnya banyak cerita yang saya boleh kongsikan tapi kali.ini saya lebih berminat nak bercerita tentang pelanggan saya dari india..seorang yang berjawatan tinggi di india tapi masih sanggup berkongsi gelak tawa dengan seorang pemandu teksi

nama pelanggan saya ni mr sunil dari mumbai...Seorang yang merendah diri dan senang untuk ketawa,saya buat lawak sikit pun dia dah ketawa berdekah2...mr sunil ini adalah ceo sebuah company yang besar di india sana...mempunyai 3 orang anak dan pertama kali dia datang ke malaysia setelah dia mendapat jemputan sebagai jurucakap di satu seminar di kuala lumpur

daripada dia juga la saya baru dapat tau bahawa china town juga ada di mumbai dan dia kata baru2 ni ada pertandingan nyanyian di televisyen,peserta yang memenangi pertandingan itu adalah orang berbangsa cina...hakikatnya saya tak gambarkan orang cina boleh bercakap dalam bahasa hindi apatah lagi menyanyi...heehhehe..mcm pelik je

banyak juga saya "mengorek" rahsia mumbai daripada mr sunil ini...senang berbicara dengan mr sunil ni,perjalanan yang mengambil hampir satu jam itu rasa macam terlalu cepat kerana kami sentiasa bersembang...kalau saya tak tanya,dia pasti tanya jadi kami sentiasa bersembang sampai ke airport


mr sunil cakap dia senang dengan saya,lalu dia meminta kad bisnes saya dan dia cakap kat saya selepas ini dia nak bawa family dia ke sini dan pasti dia nak saya yang bawa dia...alhamdulillah saya suka jika pelanggan saya berpuas hati dengan perkhidmatan saya dan sebenarnya bukan semua pelanggan ramah macam mr sunil,ada juga yang sombong apatah lagi berlagak,biasa dah nama pun manusia

sebenarnya mr sunil ada mengalami pengalaman buruk bila pertama kali menjejak di malaysia tercinta ini...sewaktu dia mula sampai di LCCT buat pertama kali...dia menggunakan khidmat taxi airport,apabila dia masuk ke teksi berkenaan,dia cuba bermesra dengan taxi driver,dengan menanyakan nama pemandu teksi itu tapi jawapan yang di terima amat mengejutkan....ada ke patut pemandu teksi itu suruh dia senyap sebab dia hendak fokus dalam pemanduan sahaja...amat memalukan bila sesorang pemandu teksi berkata seperti itu

ini la masalahnya di airport...Bukan semua pemandu teksi tidak berdisiplin hanya segelintir sahaja tapi apa yang berlaku pada mr sunil itu adalah perkara yang memalukan tapi apakan daya saya untuk mengubah benda ini..saya sentiasa buat yang terbaik dan saya punya prinsip,"tak rugi kita buat baik pada semua orang"..malah menguntungkan lagi ada la

saya harap pemandu teksi yang lain juga akan mengubah sikap yang ada dalam diri mereka dan sentiasa berfikiran positif...insyallah pasti ada kelebihan ia

Saturday 19 November 2011

arab ohhh arab

Assalam

selepas beberapa hari saya dapat rehat...memang bawa taksi ni meletihkan tapi demi mencari sesuap nasi kena semangat demi mencari rezki yang halal dan saya nasihatkan sesiapa yang ingin berkecimpuang dlaam bidang ini selain tahu jalan d malaysia ni pastikan semangat mesti ada dan sentiasa tabah demi mencari rezki untuk keluarga

walaupun masih ramai mengganggap bawa teksi ini adalah "low class profession",kena tabah dan muka tebal sikit...pernah juga secara berdepan customer tanya saya kenapa saya pilih job ini?...,sambil melawak saya jawab "muka saya tak cukup jahat nak jadi penjahat"...hehehehe...bagi saya perkara ni macam biasa tapi terus terang saya cakap orang luar lebih menghormati kami ni...munkin sebab diorang takut sebab bukan dalam negara diaorang...hehehehe

baru2 ni saya ada bawak 2 customer arab dari oman...memang saya anggarkan merwka ni orang yang kaya...company yang booking saya ini memang sentiasa akan membawa pelanggan diorang dari seluruh pelusuk dunia cuma yang kali ini je,orang arab ni tak puas hati sbb company ni hanya arrange taxi untuk diorang...walaupun saya tak paham sepenuhnya perbualan mereka tapi dari body language saya tau mereka tak puas hati pasal kereta...Munkin.mereka sudah biasa naik kereta mewah dan tak suka naik teksi tapi saya macam biasa jalankan tugas macam biasa

masa dalam perjalanan itu,mereka tanya saya harga saya membawa diaorang..untuk mengelakkan konflik saya cuma cakap company ini hanya akan bayar saya monthly...dan saya hanya pekerja sahaja saya cakap...kekadang tu saya cuba bercakap tentang malaysia ini diorang buat taktau je...tapi diorang banyak sembang sesama diorang je...Hmmmm boring la sepanjang perjalanan saya...rasa nak cepat je sampai...hehehhe kena la buat keja juga dah tanggungjawab saya

sepanjang perjalanan memboringkan saya tapi saya perlu fokus dengan kerja saya,cuma kekadang bila saya mendengar perbualaan mereka saya tersenyum sendiri bila menyamakan perbualan mereka dengan watak afdlin dalam cerita "setem"...munkin ada yang tak tengok crita tu ye...hehhehe..nnti tgk la ya...sebenarnya xda apa yang istimewa tentang diorang ni tapi memang saya tak berapa suka bawa orang arab ni...bukan semuanya orang arab mcm tu,ada juga yang bagus tapi dah biasa kalau mengjengkelkan...nak guna teksi tapi nak murah yang harga tak patut langsung...

Dah banyak kali bawa orang arab ni...mcm2 perangai mereka apatah lagi kalau yang pasangan muda...hmmm tapi selalu mcm saya selamat la sikit sebab saya bawa teksi airport...Jadi tak selalu la mereka nak gunakan taxi bila nak berjalan2 kat kl ni...bawa orang malaysia lagi senang...apa2pun ketika saya tulis ni saya berehat selepas kerja keras selama 5 hari...ni la keja saya,kalau orang dah booking saya kena selesaikan kerja saya walaupun saya x cukup rehat....

sampai sekarang saya tetap menjalankan tugas walaupun saya dapat customer yang macam2 karenah...saya tetap menjalankan tugas demi mencari rezki walaupun pun pahit dan sukar saya tetap kuatkan semangat...arab tetap pening....heehhehehehehehehe

Friday 11 November 2011

KISAH SAYA KE MELAKA

assalam

salam jumaat pada semua...hari ni bila saya mulakan tugas selepas solat jumaat,saya terus dapat customer yang saya kena hantar ke melaka bandar bersejarah...what the lovely city!!!...kali ni customer saya tak banyak karenah tapi menyeronokkan saya lagi...sepanjang perjalanan saya bersembang dengan dia tanpa sedari dah sampai ke tol ayer keroh...

dari awal perjalanan takda jammed,sampai je melaka...menempuh jammed la apa lagi...tapi nasib baik customer sporting...kami bersembang sambil gps saya menunjukkan arah kawasan rumah dia...apa yang istimewanya customer ini dia ni mat saleh yang asal dari belanda dah hampir sebelas tahun duduk kat melaka ni...siap boleh cakap bahasa melayu lagi...

banyak juga saya korek pengalaman hidup dia sebab customer saya ni sudah berumur 84tahun,amazingkan...baru balik dari phuket...Dan travel seorang diri untuk menghappykan diri dia...berani betul dia berjalan jauh2...duduk kat melaka pun seorang diri..kalau ikutkan dia ni orang biasa je tapi bila dapat duit pencen dalam matawang euro...jadi orang kaya di malaysia ni.

nama customer ni mr john...asal kerjaya dia ialah askar...pertama kali dia jejak kaki di asia dia trus jatuh cinta dengan asia...Negara pertama dia jejak ialah indonesia...kerajaan belanda telah menghantar dia ke indonesia untuk berperang..perang yang di sebabkan sukarno telah mengisytiharkan kemerdekaan indonesia tanpa persetujuan belanda dan united nation...ehh kira dah lama juga wujudnya PBB ni ya?....hehehe..sebab dia kata waktu tu 1947...sukarno telah di sokong dengan orang jepun...peperangan itu belaku selama 3 tahun...Pada disember 1949,dia pulang ke belanda selepas secara sahnya indonesia telah di beri hak untuk merdeka dan mentadbir kerajaan mereka sendiri

mr john kata beza dengan malaysia...malaysia merdeka dengan berunding tapi indonesia merdeka hasil peperangan dan selama itu la dia menanti peluang untuk pergi ke indonesia kembali..x salah saya pada tahun 1967 baru dia pergi ke indonesia dan teru menetap di sana selepas suharto menjadi presiden indonesia kerana pada era sukarno tiada sesiapa orang luar selain orang indonesia di beri kebenaran untuk tinggal di indonesia...

ketika dia mula tinggal di indonesia,dia telah pun bekerja dengan syarikat phillip(betul ke ejaan dia ni?)...syarikat yang buat barang elektrik..dan di situ la dia mulakan kehidupan dia di asia...selepas 15 tahun dia di indonesia...syarikatnya telah menghantarnya ke malaysia dan samapi sekarang la dia duduk di.malaysia...itu la sejarah mr john yang rumahnya terletak berdekatan dengan menara jam melaka yang berdekatan dengan kota a'famosa...dia kata kalau dia mati,dia nak.mati kat malaysia...itu la katanya...apa2 saya harap mr john dapat mencapai hasratnya dan dia bahgia dengan kehidupannya...TERIMA KASIH MR JOHN

Wednesday 9 November 2011

KISAH KELIMA

assalam
munkin belum terlambat aku nak ucapkan selamat hari raya haji,saya seperti biasa,merayakan diri di bandar baru bangi,rumah emak saya dan alhamdulillah family saya ada bersama dengan saya ketika raya haji...dan masa ini saya tak pergi kerja hanya menghabiskan masa dengan keluarga saya sahaja tapi baru bercuti sehari saya mendapat email yang regular customer saya dtg ke malaysia

customer saya ni datang dari india,mr gerish..Orang yang baik dan yang pasti orang kaya,ye la kalau tak kaya mcm mana orang macam dia boleh berjalan2 ke sini...Kali ni dia datang ke sini kerana rumah dia ada renovation...katanya rumah dia pasang tiles..rumah berabuk katanya jadi dia hantar emak n ayah dia ke hotel dan dia datang ke malaysia...banyak sungguh duit dia ni...dia ni anak yg patuh dan sangat menghormati ayah dan emak dia tapi kehidupan dia pelik bagi saya kerana dia duduk berjauhan dengan family dia..,pada mulanya saya ingat dia dah bercerai tapi dia tak bercerai cuma isteri dia tak suka dengan dengan mak n ayah dia...hehehe...mcm2perihal manusia ni...

Mr gerish apa yang menariknya dia..sewaktu pertama kali dia smpai ke sini,dia yang saya bawa ke
hotel dimana dia menginap....dan pada situ la dia booking saya dan dia akan membayar dengan
menggunakan duit euro...kalau orang malaysia dapat gaji duit euro pasti orang malaysia kaya ye tak?hehehe...membawa mr gerish ni mmg xda masalah cuma yang saya kurang suka sikit bila dia nak makan...dia akan suka makan di jalan alur belakang bukit bintang...pertamanya jalan kat situ
selalu jammed dan yang keduanya kat situ alamak!!...memang sah2 restoran cina...mana la saya nak
makan..Confirm x halal...tapi dah banyak kali pergi kat situ yang saya pelik ramai plak orang kita selamba badak je makan kat situ...bg depa ni halal kot...hehehe
itu la kisah mr gerish yang selalu cakap "zaki,you are my thambi"..maksudnya saya ni adik
dia...saya buat keja mcn biasa tapi dia selesa dengan saya alhandulillah..,.dan dia ni x percaya
pun kat orang bangsa dia sebab dia pernah kena tipu..,tapi selalu saya cakap,bukan semua orang
malaysia penipu...kekadang tu orang yang menipu ni la merosakkan nama pemandu teksi yang lain....
Tapi ini la hakikatnya kami sebagai pemandu teksi....

pasal harga ni saya juga pernah juga melayan karenah customer,ada pernah satu customer ni dari
penang dan bila sampai airport dia terus nak ke melaka,start je naik teksi saya dia mebebel pasal harga,dan secara elok saya terangkan kat dia...harga teksi airport adalah merangkumi harga pergi balik...bukan harga pergi sahaja...dia x puas hati lalu dia cakap lagi...baik dia naik bas...pastu dia jawab sendiri.."ehhh kalau saya naik bas,pukul 2 baru ada dari airport lambat la saya sampai melaka nanti"..nahh jawapannya dia sendiri yang jawab...pastu dia tak ngomel lagi pasal harga...aku ajak dia sembang pasal bisnes dia..dan menambah lagi gelihati aku bila aku dapat tau,perniagaan dia sebulan boleh dapat berjuta ringgit malaysia...mana saya tak geli hati,cerita untung juta2 tapi nak bayar teksi saya pun membebel macam kena bayar beribu....hehehehhehe