Friday 11 November 2011

KISAH SAYA KE MELAKA

assalam

salam jumaat pada semua...hari ni bila saya mulakan tugas selepas solat jumaat,saya terus dapat customer yang saya kena hantar ke melaka bandar bersejarah...what the lovely city!!!...kali ni customer saya tak banyak karenah tapi menyeronokkan saya lagi...sepanjang perjalanan saya bersembang dengan dia tanpa sedari dah sampai ke tol ayer keroh...

dari awal perjalanan takda jammed,sampai je melaka...menempuh jammed la apa lagi...tapi nasib baik customer sporting...kami bersembang sambil gps saya menunjukkan arah kawasan rumah dia...apa yang istimewanya customer ini dia ni mat saleh yang asal dari belanda dah hampir sebelas tahun duduk kat melaka ni...siap boleh cakap bahasa melayu lagi...

banyak juga saya korek pengalaman hidup dia sebab customer saya ni sudah berumur 84tahun,amazingkan...baru balik dari phuket...Dan travel seorang diri untuk menghappykan diri dia...berani betul dia berjalan jauh2...duduk kat melaka pun seorang diri..kalau ikutkan dia ni orang biasa je tapi bila dapat duit pencen dalam matawang euro...jadi orang kaya di malaysia ni.

nama customer ni mr john...asal kerjaya dia ialah askar...pertama kali dia jejak kaki di asia dia trus jatuh cinta dengan asia...Negara pertama dia jejak ialah indonesia...kerajaan belanda telah menghantar dia ke indonesia untuk berperang..perang yang di sebabkan sukarno telah mengisytiharkan kemerdekaan indonesia tanpa persetujuan belanda dan united nation...ehh kira dah lama juga wujudnya PBB ni ya?....hehehe..sebab dia kata waktu tu 1947...sukarno telah di sokong dengan orang jepun...peperangan itu belaku selama 3 tahun...Pada disember 1949,dia pulang ke belanda selepas secara sahnya indonesia telah di beri hak untuk merdeka dan mentadbir kerajaan mereka sendiri

mr john kata beza dengan malaysia...malaysia merdeka dengan berunding tapi indonesia merdeka hasil peperangan dan selama itu la dia menanti peluang untuk pergi ke indonesia kembali..x salah saya pada tahun 1967 baru dia pergi ke indonesia dan teru menetap di sana selepas suharto menjadi presiden indonesia kerana pada era sukarno tiada sesiapa orang luar selain orang indonesia di beri kebenaran untuk tinggal di indonesia...

ketika dia mula tinggal di indonesia,dia telah pun bekerja dengan syarikat phillip(betul ke ejaan dia ni?)...syarikat yang buat barang elektrik..dan di situ la dia mulakan kehidupan dia di asia...selepas 15 tahun dia di indonesia...syarikatnya telah menghantarnya ke malaysia dan samapi sekarang la dia duduk di.malaysia...itu la sejarah mr john yang rumahnya terletak berdekatan dengan menara jam melaka yang berdekatan dengan kota a'famosa...dia kata kalau dia mati,dia nak.mati kat malaysia...itu la katanya...apa2 saya harap mr john dapat mencapai hasratnya dan dia bahgia dengan kehidupannya...TERIMA KASIH MR JOHN

No comments:

Post a Comment