Tuesday 29 November 2011

Kisah orang india

Assalam

agak lama saya tidak menulis dalam blog saya...banyak masa saya habis di atas jalan dan kekadang tu bila saya nak menulis keletihan menutup terus nafsu saya untuk menulis dan ketika saya menulis blog saya ini,saya baru hendak merehatkan badan dan teksi saya setelah sekian lama bekerja

sebenarnya banyak cerita yang saya boleh kongsikan tapi kali.ini saya lebih berminat nak bercerita tentang pelanggan saya dari india..seorang yang berjawatan tinggi di india tapi masih sanggup berkongsi gelak tawa dengan seorang pemandu teksi

nama pelanggan saya ni mr sunil dari mumbai...Seorang yang merendah diri dan senang untuk ketawa,saya buat lawak sikit pun dia dah ketawa berdekah2...mr sunil ini adalah ceo sebuah company yang besar di india sana...mempunyai 3 orang anak dan pertama kali dia datang ke malaysia setelah dia mendapat jemputan sebagai jurucakap di satu seminar di kuala lumpur

daripada dia juga la saya baru dapat tau bahawa china town juga ada di mumbai dan dia kata baru2 ni ada pertandingan nyanyian di televisyen,peserta yang memenangi pertandingan itu adalah orang berbangsa cina...hakikatnya saya tak gambarkan orang cina boleh bercakap dalam bahasa hindi apatah lagi menyanyi...heehhehe..mcm pelik je

banyak juga saya "mengorek" rahsia mumbai daripada mr sunil ini...senang berbicara dengan mr sunil ni,perjalanan yang mengambil hampir satu jam itu rasa macam terlalu cepat kerana kami sentiasa bersembang...kalau saya tak tanya,dia pasti tanya jadi kami sentiasa bersembang sampai ke airport


mr sunil cakap dia senang dengan saya,lalu dia meminta kad bisnes saya dan dia cakap kat saya selepas ini dia nak bawa family dia ke sini dan pasti dia nak saya yang bawa dia...alhamdulillah saya suka jika pelanggan saya berpuas hati dengan perkhidmatan saya dan sebenarnya bukan semua pelanggan ramah macam mr sunil,ada juga yang sombong apatah lagi berlagak,biasa dah nama pun manusia

sebenarnya mr sunil ada mengalami pengalaman buruk bila pertama kali menjejak di malaysia tercinta ini...sewaktu dia mula sampai di LCCT buat pertama kali...dia menggunakan khidmat taxi airport,apabila dia masuk ke teksi berkenaan,dia cuba bermesra dengan taxi driver,dengan menanyakan nama pemandu teksi itu tapi jawapan yang di terima amat mengejutkan....ada ke patut pemandu teksi itu suruh dia senyap sebab dia hendak fokus dalam pemanduan sahaja...amat memalukan bila sesorang pemandu teksi berkata seperti itu

ini la masalahnya di airport...Bukan semua pemandu teksi tidak berdisiplin hanya segelintir sahaja tapi apa yang berlaku pada mr sunil itu adalah perkara yang memalukan tapi apakan daya saya untuk mengubah benda ini..saya sentiasa buat yang terbaik dan saya punya prinsip,"tak rugi kita buat baik pada semua orang"..malah menguntungkan lagi ada la

saya harap pemandu teksi yang lain juga akan mengubah sikap yang ada dalam diri mereka dan sentiasa berfikiran positif...insyallah pasti ada kelebihan ia

No comments:

Post a Comment