Friday 9 December 2011

SATU KETIKA DULU

assalam

satu ketika dulu ketika blog saya masih baru lagi saya pernah berniat yang saya akan sentiasa mengemaskinikan saya punya blog setiap hari tapi rupanya ianya sukar atas kesibukkan saya,maklum la pada bulan oktober,november dan disember ramai orang bercuti dan salah satu pilihan pengangkutan mereka adalah menggunakan kapal terbang dan yang pasti syarikat penerbangan airasia menjadi pilihan.

Orang di terminal lcc ini seolah2 tidak putus2..hanya tika 4 pagi hingga 5.30 pagi sahaja yang boleh di lihat aktiviti di sini seolah2 berhenti.memang saya akui kerja saya sebagai pemandu teksi di lcct ini memberi pulangan yang agak lumayan..setiap hari pasti menjalani kehidupan yang agak sibuk dan berjumpa bermacam ragam manusia

satu ketika dulu,saya telah meletakkan satu customer satu cerita tapi itu tidak mampu saya lakukan dan sekrang saya akan sentiasa mencuri masa untuk menulis dalam blog saya ini.

Apa yang pasti,dalam minggu ini sahaja,saya membawa ramai customer berlatat belakangkan akaun dan bank,kiranya diorang ni semua keja dengan duit dan nombor setiap hari dan apa yang bestnya banyak juga ilmu yang saya dapat dari mereka,contohnya macam mr yong dari sabah yang sentiasa menasihatkan saya agar saya menyambung pelajaran saya sebab dia kata saya bijak dan tidak sesuai untuk saya merugikan kebijaksaan saya dengan hanya membawa teksi

kata2nya membuatkan saya seolah2 terkena kejutan elektrik dan berfikiran ke depan..Insyallah kalau la masin mulut mr yong,saya akan belajar juga satu hari nanti.lain pula pandangab customer saya bernama mr andrew,orang penang yang dah hampir berbelas tahun duduk di kuala lumpur...satu2nya customer saya yang lebih senang berbicara dalam bahsa malaysia...

Dia menceritakan apa yang perlu kita buat dengan duit kita..jika kita berminat dengan pelaburan dia menasihatkan agar research dengan apa yang kita nak laburkan dan cuba untuk elakkan melabur dlaam sesuatu benda yang tidak meyakinkan walaupun pelaburan itu mendatangkan pendapatan yang lumayan seperti contoh pelaburab dalam mata wang

memang saya tak sangka kebanyakan customer saya minggu ini semuanya tidak.lokek untuk berkongsi pengalaman dan nasihat kepada saya dalam menjalani kehidupan ini.selepas mengambil beberapa perkara dan hasil perboncangan dengan isteri saya,saya sudah punya matlamat pada 2013 nanti.

Memang pasti dia ambil masa setahun lagi tapi lebih baik kita mengumpul.modal dulu sebelum kita melakukan pelaburan..YA munkin satu nanti saya berjaya dan yang pasti sya akan berterima kasih kepada mereka di atas keprahatinan mereka terhadap saya.

Insyallah saya akan berkongsi lagi kisah kehidupan saya sebagai pemandu teksi....tetima kasih

1 comment:

  1. Salam encik

    Saya ni ada berura-ura nak membawa teksi jadi saya nak bertanya macam mana nak menjadi pemandu teksi di LCCT ni...harap dapat membantu terima kasih

    ReplyDelete